Saturday 31 January 2015

HARI 29

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW.

Hari khamis.Kenapa tak puasa....?
Magrib tergesa- gesa....sudahnya jari kaki terseliuh. Satu jari saja yang kena tapi bila menapak gunakan selipar ...sakit...!
Belajar kitab tauhid Faridatul Faraidh. Byk yg tak faham!

HARI 28

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Terjemahan surah Al A ' raf ayat 56
' Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah( diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.'

Pagi buat roti lagi. Ok jadi tapi agak tawar. Kena cuba lagi.
Petang ke klinik Sri Kembangan.
Tgk x ray. Alhamdulillah. sebenarnya saya ada rasa sakit di bhg atas perut. Buat baring terasa. bimbang dengan hempedu, pangkreas.
Ada budak2 perubatan buat kajian. Tanya dia apa ada di perut ada tanda ( kat x ray). dia kata angin tapi lupa nak tanya lebih lanjut. harap tak ada apa- apa.
Bagi ubat antibiotik, kahak dan batuk.

Tuesday 27 January 2015

HARI 26

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Rasulullah SAW.

Di rumah.
Masak nasi beryani Roza.

Sunday 25 January 2015

HARI 25

Dengan nama Allah yang Maga Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW.
-
' Wahai orang - orang beriman ! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertaqwalah kepada Allah afar kamu beruntung'
( terjemahan ayat 130 surah A li Imran)

-
Ke Kolej islam dan ke bandar Klang.
Petang ulfa balik ke Kmb.

Friday 23 January 2015

HARI 22

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan surah Ibrahim ayat 7
' Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah ( nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari( nikmatKu) maka pasti azabKu sangat berat'.

Di rumah.
Buat Roti sarang lebah dan sos karemel.

Wednesday 21 January 2015

HARI 21

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari ini zohor di Masjid Hasanah, Bangi.
Syukur dapat mentadabbur surah al Fath bersana imam.
Ke Yummy bakery. Beli alat- alat kuih.
Hari lahir Nabil. Dah jadi pemuda....
Suka- suka dapat buat kuih apa ntah namanya. Senang sgt..guna tepung florenta badam dan kuaci. masuk oven 10 minit. Siap!
lepas isya nak ke Cheras jumpa Farah dan makan2. 

Monday 19 January 2015

HARI 19

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Junjungan Rasulullah SAW.
-
Terjemahan surah al An'am  ayat 82
' orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang- orang yang mendapat  rasa aman  dan mereja mendapat petunjuk.'
'
Hari ini di rumah saja.
Buat cinamon roll.

HARI 18

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Junjungan Rasulullah.

Ke pasar borong Selangor. Ahad penuh dengan orang!
Ke AEON Equine beli oven. Suka dapat oven rodnya banyak.
Nabil hantar Ulfa ke KMB.

Saturday 17 January 2015

HARI 17

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah Saw.

Ke USIM jumpa anak saudara.
Ke Kmb ambil Ulfa.
Ke Alamanda makan- makan dan beli kitab Hikam Dr Zul dan Iqra baru.

Thursday 15 January 2015

HARI 15

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Junjungan Rasulullah SAW.

Ke PTPN lagi. bayar penuh pinjaman. ada less.

HARI 14

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW

Ke Klinik Sri Kembangan rutin ambil ubat 3 bulan sekali. Ke sana sini cari fail yang entah  ke mana.
Alhamdulillah darah tinggi, buah pinggang dan kolestrol 4.2 ok semua.

Tuesday 13 January 2015

HARI 13

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW.

Terjemahan surah Al Fath ayat 9
' Dan bertasbih kepadaNya di waktu pagi dan petang.'
-
Hari ini seharian di rumah.
Mengikuti cerita adik yg baru balik dari Bangladesh dan cerita setengah hari bersama pemuda backpecker dari Norway.

Monday 12 January 2015

HARI 12

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW
-
Terjemahan surah An Nashhr ayat 3
' Maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepadanya. Dia adalah Maha penerima taubat.'
-
Ke KPM di precint 5,  nak bayar PTPN. line x.
Jam 6 ke Kolej Mara Banting
Maghrib dan isyak di Masjid Besi Putrajaya.
Terkedu rupanya guard sahabat saya di masjid itu dah meninggal lama bulan puasa dulu!

Sunday 11 January 2015

HARI 11

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW.

'Jangan lupa kata insya Allah bila hendak lakukan sesuatu ' - kata ustaz Zaman dalam siri baca kitab di masjid kami.

Hari ini hari lahir Fatimah Ulfah bt Adnan.Petang Amirah balik ke Kolej Islam Kelang.

HARI 10

adengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Rasululllah SAW.

Terjemahan surah al A'raaf ayat 206
' Dan sebutlah ( nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara ( sentiasa) di waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk orang- orang yang lalai.'
_
Ke Warta Bangi  lagi beli kain utk tudung amirah.
Ke Giant dekat rumah.

Friday 9 January 2015

HARI 9 - JUMAAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW.

Di rumah saja.
Ambil kereta WEL - baiki air con. RM 2000
Baiki laptop Farah RM 150.

Lukisan yang saya suka. Eh macam ruang tamu saya....
Dibeli di Pandan Indah.

Thursday 8 January 2015

HARI 8

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maga Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Junjungan Rasululllah  SAW.

Hari ini ke Warta Bangi.
Beli jain tudung Yah, putih dan kuning.

Ke Alamanda.
Beli buku Matluthfi, Ustaz Kazim dan RD.
Buat semula cermin mata. Rm 1000 . 7 hari lagi siap.

Ke Aeon. Tempah kek di secret.

Jam 12.00 malam dah habis baca buku Mat!

HARI 7

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan RasuIullah SAW.

Hari ini di rumah saja.

Gambar - Beli di Kuala Kangsar ketika melawat tempat membuat labu sayong. Tuan punya dihantar berkursus di Jepun untuk mendalami bidang ini.
Mulanya nak pasang di pagar sebagai lampu tapi nampak besar pulak.

Tuesday 6 January 2015

HARI 6

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam keoada junjungan Rasulullah SAW.

Hari ke 6 ke Klinik teman Amirah buat braces di Klinik Sri Kembangan. Kena bayar RM 700 kalau bukan kakitangan kerajaan.

Arca Nabil bertajuk ' Perlindungan'

HARI 5

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Junjungan Rasulullah SAW.

Terjemahan surah al Isra' ayat 65.
'Sesungguhnya hamba-hambaKu , tiadalah engkau mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka, cukuplah Tuhanmu menjadi pelindung.'

Gambar di pintu masuk.
Saya tertarik dengan bingkainya. Nampak ala-ala tembaga. Dibeli di Nilai 3.

Hari ke 5 ke Klinik Sri Kembangan. Jam 12 - 4 !.  Buat x ray sekali

Monday 5 January 2015

HARI 4

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasullullah SAW.

Terjemahan surah al Ahzab ayat 21
' Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi orang- orang yang mengharap ( rahmat) Allah dan ( kedatangan ) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.'

Pintu masuk utama.
Akhir tahun 2014 , air menitik- nitik dari atas membasahi ruang ini. Akhirnya suami temui punca bila membuka syiling di bilik atas. Rupanya ada semacam takungan penuh air.!. Bila air dikeringkan masalah pun selesai. Alhamdulilah.

Hari ini ke Klcc lagi bersama Nabil Farah dan Amirah.

Saturday 3 January 2015

HARI KE 3

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan

Hari ini Maulidur Rasul


Alhamdulillah.


HARI 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah.

Republik Denaialam adalah nama rumah kecil kami.
Gambar ini diambil daripada ruang tamu. Lampu dibeli  di SFF KL .Biasanya mereka beri separuh harga sempena hari lahir.
Gambar di dinding, saya ambil dari kertas pembalut hadiah di beli di MPH Midvalley.Gambar vintage. Saya gunting dan letak bingkai gambar daripada DAISO.
-
Hari ke 2 ke Klcc.

Thursday 1 January 2015

A REPUBLIK DENAI ALAM A DAY 2015.

Hari 1- Khamis 1/1/15 -   10 Rabiul awal 1436

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam Buat Junjungan Rasulullah.
“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (Q.S. An-Naml : 19)
-
Alhamdulillah sudah berada di hari 1 tahun 2015.
Hari yang sejuk.
Hari ini tidak ke mana-mana.
Hari cuti semua anak ada di rumah.
Dapat sms sedih dari Azie Gua Musang - perlukan telekong di penempatan banjir!
Tulis diblog minta bantuan....
Ya Allah bersyukur kepadaMu, tidak lama dapat berita suami Kak Zakie sudah ada di Kelantan bersama 40 pacuan 4 roda. 
Malam, mereka sudah berada di Gua Musang untuk membantu mangsa banjir.

Alhamdulillah.