Saturday, 31 January 2015

HARI 29

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW.

Hari khamis.Kenapa tak puasa....?
Magrib tergesa- gesa....sudahnya jari kaki terseliuh. Satu jari saja yang kena tapi bila menapak gunakan selipar ...sakit...!
Belajar kitab tauhid Faridatul Faraidh. Byk yg tak faham!

HARI 28

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Terjemahan surah Al A ' raf ayat 56
' Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah( diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.'

Pagi buat roti lagi. Ok jadi tapi agak tawar. Kena cuba lagi.
Petang ke klinik Sri Kembangan.
Tgk x ray. Alhamdulillah. sebenarnya saya ada rasa sakit di bhg atas perut. Buat baring terasa. bimbang dengan hempedu, pangkreas.
Ada budak2 perubatan buat kajian. Tanya dia apa ada di perut ada tanda ( kat x ray). dia kata angin tapi lupa nak tanya lebih lanjut. harap tak ada apa- apa.
Bagi ubat antibiotik, kahak dan batuk.

Tuesday, 27 January 2015

HARI 26

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Rasulullah SAW.

Di rumah.
Masak nasi beryani Roza.

Sunday, 25 January 2015

HARI 25

Dengan nama Allah yang Maga Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW.
-
' Wahai orang - orang beriman ! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertaqwalah kepada Allah afar kamu beruntung'
( terjemahan ayat 130 surah A li Imran)

-
Ke Kolej islam dan ke bandar Klang.
Petang ulfa balik ke Kmb.

Friday, 23 January 2015

HARI 22

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan surah Ibrahim ayat 7
' Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah ( nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari( nikmatKu) maka pasti azabKu sangat berat'.

Di rumah.
Buat Roti sarang lebah dan sos karemel.

Wednesday, 21 January 2015

HARI 21

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari ini zohor di Masjid Hasanah, Bangi.
Syukur dapat mentadabbur surah al Fath bersana imam.
Ke Yummy bakery. Beli alat- alat kuih.
Hari lahir Nabil. Dah jadi pemuda....
Suka- suka dapat buat kuih apa ntah namanya. Senang sgt..guna tepung florenta badam dan kuaci. masuk oven 10 minit. Siap!
lepas isya nak ke Cheras jumpa Farah dan makan2. 

Monday, 19 January 2015

HARI 19

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Junjungan Rasulullah SAW.
-
Terjemahan surah al An'am  ayat 82
' orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang- orang yang mendapat  rasa aman  dan mereja mendapat petunjuk.'
'
Hari ini di rumah saja.
Buat cinamon roll.